seismik

"Kena Sumpah Jadi Ayam" - Gadis Beli Bucket KFC, Tak Sangka Percuma Name Tag Pekerja

Name tag siapa tu hilang oi?

Cover image via @sayangchantek (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Makanan segera sememangnya enak dan telah menjadi kegemaran ramai

Tambahan lagi ayam goreng yang rangup, bukan saja menjadi favourite kanak-kanak, yang dewasa pun memang gilakan ayam goreng tersebut. Disebabkan mudah dan murah, makanan segera sentiasa menjadi pilihan apabila ingin keluar berpiknik atau melakukan aktiviti luar yang lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan remaja menemui name tag dalam bucket KFC yang telah dibeli mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sayangchantek

kepada akak yang nama syahirah jgn la tgl nametag , tinggal lah nombor telefon ke#awekcun

original sound - Nurul Aisyah - Nurul Aisyah

Terjumpa name tag pekerja KFC semasa tengah seronok nak buka makanan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan remaja sedang meluangkan masa berpiknik di tepi pantai bersama rakan-rakan mereka.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila mereka menjumpai name tag pekerja KFC bernama Syahira di dalam kotak ayam goreng yang baru dibeli. Mereka dengan selamba merakam TikTok menjerit nama Syahira sambil merakam ke arah kotak itu.

Lebih seronok lagi apabila tuan punya name tag perasan video tersebut dan meninggalkan komen "Kak, ya Allah maaf tau betul betul tak perasaan. Thank you sanggup hantar semula", tulisnya.

"Aku bayangkan time dia buka box tu keluar kepala syahira" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai pula netizen yang bernama Syahira muncul dan meninggalkan komen terasa diri mereka dipanggil. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu mendapat 943K tontonan, 93K tanda suka dan 2K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, lawak betul lah. Nasib tak termakan name tag tu! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: